UPDATE JANUARY 2012: KAMBING DIKEHENDAKI SEGERA!!
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Update bagi Januari 2012; Sila telefon kami sekiranya anda mempunyai stok kambing untuk dijual. Telefon Khairudin 016-220 2425 atau 019-334 1404 untuk berbincang mengenai harga dan jenis kambing yang dikehendaki. Terima kasih.
KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN RAWATAN TERNAKAN KAMBING AKAN KEMBALI!!!
Assalammualaikun dan selamat sejahtera,
Pelaburan minimum yang bakal anda keluarkan untuk memulakan ternakan kambing sekurangnya RM10k. Ada antara bakal penternak yang mengeluh kerana yuran yang kami kenakan terlalu mahal. Tapi fikirkanlah semula dengan jumlah pelaburan yang bakal anda laburkan dengan yuran untuk menyertai kursus ini...tidak sampai atau kurang dari 4%. Jadi fikirkanlah ilmu yang bakal diperolehi dalam kursus kami ini nanti...lakukan langkah yang bijak...jangan salahgunakan modal anda...kami akan berkongsi pengalaman dalam ternakan ini....telefon segera untuk pengesahan tempat.
TARIKH: SEMAKIN HAMPIR...AKAN DIBERITAHU KELAK
TEMPAT:
1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.
TEMPAT TINGGAL: AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
MASA: 9.00 PAGI HINGGA 11.00 MALAM
MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS
PENYERTAAN: TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT
YURAN: RM600.00
PESERTA: 20 ORANG SAHAJA!! PENDAFTARAN YANG TERAWAL AKAN DIDAHULUKAN.
HUBUNGI: EN. KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), USTAZ TALIB (019-276 6102)
SILA TELEFON KAMI UNTUK PENGESAHAN TEMPAT!!! TEMPAT TERHAD!!! SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!TQ.
Assalammmualaikum dan selamat sejahtera....
Mulai bulan ini...De Kebun akan membuat jualan HAMPAS SOYA di ladang kami di Pulau Meranti dan juga di ofis kami di Batu Caves. Kepada sahabat penternak yang mahu mencuba untuk menggunakan hampas soya tersebut adalah amat dialu-alukan kerana kos makanan sekarang ni dah menjadi semakin menggila...hampas soya adalah salah satu alternatif makanan kepada ternakan di mana hampas soya akan dicampurkan dengan pellet dan ini akan mengurangkan penggunaan pellet sehingga 30-40% sekiranya menggunakan hampas soya yang diketahui umum lebih murah harganya. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Khairudin 016-220 1549 atau En. Talib 019-276 6102 atau En. Khirul 016-220 1549. Harga menarik untuk pembeli terawal. Selagi stok masih ada. Terima kasih.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Seperti tajuk di atas,
TARIKH : 28, 29 DAN 30 Mei 2010
TEMPAT KURSUS:
1) AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
2) KANDANG DE KEBUN SDN BHD, PULAU MERANTI, PUCHONG, SELANGOR.
TEMPAT TINGGAL: AGROBANK DEVELOPMENT INSTITUTE ( ABADI ) ( Lot 7 Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor )
MAKAN/MINUM: DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS
MASA : 8.30 AM SEHINGGA 11.00 MALAM.
PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT. SIJIL DISEDIAKAN. SIJIL DARI JABATAN KERAJAAN.
YURAN : RM450
PESERTA : 20 ORANG SAHAJA
HUBUNGI : EN KHAIRUDIN (016-220 2425), PN SARAH (016-322 0466), EN TALIB (019-276 6102) EN. AMIN (016-2201549)
SILA TELEFON KAMI DENGAN SEGERA UNTUK BORANG PENYERTAAN DAN PENGESAHAN TEMPAT. SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN!!!!
Penternakan Kambing Boer
Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini.Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015. Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.
Ciri - Ciri Kambing Boer
1. Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
2. Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
3. Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
4. Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain
5. Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca
6. Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang.
Sumber: http://www.moa.gov.my/web/guest/boer Tq!